Pemilik rumah rasa pelik kenapa rumahnya dilanda hujan lebat, rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku. Seperti yang kita tahu, cuaca kini sukar untuk diramal bahkan ada juga di beberapa tempat yang dinaiki air dek kerana hujan lebat.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemilik rumah cemas apabila rumah nya dilanda ‘hujan’ mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @piepacuman di laman TikTok, kelihatan sebuah rumah di tepi jalan telah ditimpa ‘hujan lebat’ secara mengejut dan situasi tersebut sempat dirakam oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang menghairankan adalah hanya rumahnya sahaja dilanda ‘hujan’ lebat. Siapa sangka rupa-rupanya perkara tersebut terjadi kerana berlakunya kemalangan kereta yang melanggar sebuah pili bomba berdekatan rumah berkenaan.
Dapat kita lihat, pili bomba tersebut tercabut lalu memancutkan air yang deras ke arah rumah di situ dan difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi tersebut malah sempat berseloroh mengatakan mesti uncle tersebut berselimut sejuk tidur malam itu.
“Mesti uncle tu duduk dalam rumah berselimut sejuk” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui langsung tidak menyangka berlakunya kemalangan kerana ianya persis seperti air hujan.
Antara komen warga maya:
@piepakcuman♬ original sound – pie pakcu man
Follow Twitter: https://twitter.com/GHBMEDIA_TV
Follow FB: https://www.facebook.com/SelayangPandangMedia