Pemilik kelab bola sepak bergelar ‘Datuk’ ke penjara Kajang kerana gagal bayar tunggakan gaji RM1.4 juta

Photo of author

By Joe

Pemilik kelab bola sepak bergelar ‘Datuk’ ke penjara Kajang kerana gagal bayar tunggakan gaji RM1.4 juta. Seorang individu yang bergelar Datuk, yang juga merupakan pemilik Kuantan FA dan Marcerra United, telah ditahan selepas didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta.

Menurut laporan Utusan Malaysia, tunggakan gaji tersebut melibatkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab itu pada tahun 2018.

Lelaki berusia sekitar 50-an itu ditahan selepas menghadiri prosiding sebutan pertuduhan di Mahkamah Sesyen bagi satu kes penipuan yang berasingan, hari ini.

Pemilik kelab bola sepak bergelar 'Datuk' ke penjara Kajang kerana gagal bayar tunggakan gaji RM1.4 juta

Menurut peguam bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak tersebut, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, penahanan itu dilakukan berdasarkan perintah komital yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Beliau menyatakan bahawa mahkamah telah memutuskan individu berkenaan akan dipenjarakan selama satu minggu kerana melakukan penghinaan mahkamah dengan melanggar perintah yang telah ditetapkan.

“Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir untuk melunaskan tunggakan gaji tersebut. Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023, manakala semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta hingga kini,” katanya.

Menurut Mohd Suhail, lelaki tersebut akan dihantar ke Penjara Kajang, dan pihaknya akan memulakan prosiding jenayah terhadapnya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kes penipuan.

Berdasarkan fakta kes, tunggakan sejak 2018 sebanyak RM3 juta dituntut oleh bekas pegawai, manakala bekas pemain pula menuntut sebanyak RM1.2 juta.

Bekas pegawai dan pemain Marcerra United juga membuat tuntutan dengan anggaran berjumlah RM2 juta, menjadikan nilai keseluruhan lebih daripada RM6 juta.

Baca Lagi:
Iklan hon, bunyi siren boleh bahayakan orang ramai – Doktor beri pesanan ‘pedas’ buat stesen radio
Selera bayi makan kuat terbongkar, rupanya pengasuh gila campur ‘sesuatu’ dalam susu
Budak perempuan 7 tahun hilang sebelah mata terkena serpihan bateri vape meletup