Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj.

Memberi alasan tidak tahu perlu mempunyai lesen pemilikan barang kawalan, pemilik kedai runcit di Kampung Bukit Merah Dalam, di sini, berdepan dengan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebanyak 408 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dan 840kg tepung gandum serbaguna dirampas dalam premis itu oleh sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor pada 10 pagi semalam.

Pemilik kedai runcit ditahan sorok minyak masak, tepung gandum bawah garaj

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, bertindak atas maklumat risikan, pihaknya merampas dua barang kawalan berkenaan dianggarkan bernilai RM3,120 selepas menyerbu kedai runcit terbabit.

“Kami menemui sejumlah minyak masak dan tepung gandum yang diletakkan di bawah garaj dalam kawasan sebuah rumah di lot terbabit

“Sitaan terhadap kedua-dua barang kawalan itu dibuat kerana pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen sah mengenai pemilikan barang kawalan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswadi berkata, ketika serbuan, pemiliknya tiada di premis dan pekerjanya memaklumkan mereka tidak tahu perlu mempunyai lesen untuk pemilikan barangan kawalan dan bersubsidi.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutama membabitkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

Baca Lagi:

KJ tarik balik rayuan kes ‘main belakang’ terhadap Anwar

Penumpang tak puas hati, tiket harga mahal, suka hati jadual semula penerbangan

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

CATEGORIES