Pemilik Kasino kini bergelar pendakwah bebas selepas diganggu mimpi buruk. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang lelaki di Indonesia selepas mendapat perhatian netizen tentang penghijrahannya daripada seorang bookie judi kepada pendakwah bebas.
Jadi Ah Long kerana iman tergugat
Lelaki yang bernama Dennis Lim itu pernah menjadi pemilik premis kasino dan digelar ‘Ah Long’ namun perniagaannya itu terpaksa ditutup selepas dia disahkan bankrap.
Hidup saya macam roller coaster. Kalau dulu sering dibelikan mainan semasa masih kecil, tapi bila sudah meningkat dewasa, masalah kewangan sering menjadi masalah.
Disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang kerana dia turut membantu ibu bapanya dalam membayar hutang, Dennis mendapat tawaran untuk bekerja dalam bidang perjudian di Thailand walaupun telah nekad untuk berhijrah.
Ketika itu saya berada dalam dilema dan disebabkan keadaan iman saya agak lemah, saya terus menerima tawaran tersebut tanpa terdetik untuk menolak.
Tetap tunai solat lima waktu
Lelaki yang mencuri tumpuan netizen kerana mempunyai rupa paras seiras dengan pelakon Korea Selatan iaitu Song Joong-ki, berkata bahawa dia tetap menunaikan solat wajib lima waktu walaupun terlibat dalam perjudian.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa sepanjang terlibat dengan bidang perjudian, dirinya sering diganggu mimpi buruk selain sentiasa berasa gelisah kerana melakukan pekerjaan haram.
Disebabkan itu juga, dia tanpa henti meminta petunjuk agar hatinya terbuka untuk berhijrah dan tidak lagi bergelumang dengan judi sebelum sepenuhnya meninggalkan perkerjaan haram itu pada 2017.