Pemerintah Taliban akan haramkan penggunaan aplikasi TikTok dan PUBG

Pemerintah Taliban akan haramkan penggunaan aplikasi TikTok dan PUBG

Pemerintah Taliban akan haramkan penggunaan aplikasi TikTok dan PUBG.

Pemerintah Taliban akan menguatkuasakan larangan penggunaan aplikasi perkongsian video popular, TikTok dan permainan video PUBG di Afghanistan dalam masa 90 hari, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Sejak organisasi itu memerintah Afghanistan, pelbagai platform media dan laman web disekat kerana menerbitkan maklumat serta kandungan yang dianggap tidak bermoral.

Hak dan fungsi saluran media di negara Asia Selatan itu turut disekat sejak pengambilalihan kuasa oleh Taliban.

Pemerintah Taliban akan haramkan penggunaan aplikasi TikTok dan PUBG

Dalam persidangan bersama pegawai sektor keselamatan dan pentadbir undang-undang syariah, pemerintah Taliban mengumumkan akan mengharamkan dua aplikasi itu di Afghanistan dalam tempoh masa tersebut, lapor agensi berita Khaama Press.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Afghanistan telah dimaklumkan mengenai larangan itu dan diminta mematuhinya dalam masa yang ditetapkan.

“Kami telah menyekat 23.4 juta laman web. Mereka menukar halaman setiap kali disekat. Jadi setiap kali anda menyekat satu laman web, satu lagi akan akif,” kata Menteri Komunikasi, Najibullah Haqqani.

Dalam pada itu, timbalan menteri komunikasi Afghanistan, Ahmad Masaoud Latif Rai menyelar Facebook kerana enggan bekerjasama dengan Taliban mengenai penyederhanaan kandungan online.

Terdapat perubahan besar dalam budaya media di Afghanistan termasuk penutupan lebih daripada setengah juta saluran media, larangan ke atas beberapa saluran dan laman web, peningkatan sekatan kerja, keganasan dan ancaman terhadap wartawan.

Sejak Taliban berkuasa, lebih 45 peratus wartawan telah meninggalkan pekerjaan mereka, manakala sekatan yang semakin ketat terhadap media di Afghanistan juga mendapat kritikan meluas masyarakat antarabangsa.

Baca Lagi:

Perkongsian video pembantu rumah ludah dalam bancuhan susu anak majikan buat netizen pelik

Jabatan Penjara Malaysia sahkan Najib Razak kini berada di Cheras bukan di penjara Kajang

Lelaki sebar video teman wanita “beromen” dengan pelakon terkenal di kelab malam

CATEGORIES