Pembinaan lebuh raya Pantai Barat, jalan ditutup selama 9 bulan bermula Khamis ini

Photo of author

By Joe

Pembinaan lebuh raya Pantai Barat, jalan ditutup selama 9 bulan bermula Khamis ini. Jalan di Jalan Kunci Air 2, Hujung Permatang daerah Kuala Selangor ditutup sementara selama sembilan bulan bagi kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Menurut West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCE), pembinaan Road Over Bridge (ROB) itu akan dilaksanakan bermula Khamis ini, 15 Jun 2023 hingga 14 Mac 2024.

Pembinaan lebuh raya Pantai Barat, jalan ditutup selama 9 bulan bermula Khamis ini

“Sehubungan dengan itu, laluan yang terlibat dalam kerja pembinaan tersebut akan ditutup sementara kepada semua kenderaan dan disarankan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Belimbing dan Jalan Raja Musa,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.

Dalam masa yang sama, pengguna juga dinasihati untuk memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

Sebarang aduan dan keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus West Coast Expressway Sdn. Bhd. di talian 03-30821999 atau talian Infoline di 1700-81-6600 atau email ke [email protected].

Baca Lagi:
Lelaki jumpa sungai di R&R Gua Tempurung, sekali netizen buka cerita buat ramai seram
Pernah buka 30 stesen minyak di India, ini kisah Big Bos Shell yang ramai tak tahu
Lelaki terkejut temui cincin purba ada ukiran bayi Kristian yang bernilai RM360 ribu