Pembeli nak beli nasi bajet empat bungkus, buka dompet dia diam.. Wanita ini terus beri 5 bungkus nasi percuma. Tidak semua peniaga yang mahukan keuntungan semata-mata tetapi ada juga yang lebih selesa melihat pembeli dapat membayar harga makanan yang mampu dibayar.
Seorang wanita berkongsi kisah bagaimana ada pelanggan yang datang buka dompet dan mahu bayar menggunakan duit syiling.
Tidak marah sedikit sekalipun, Nurul Shima (@NurulShima_3) malah memberikan nasi lebih buat keluarga tersebut.
“Hamba Allah ni datang gerai nak beli nasi bajet, empat bungkus. Buka dompet, dia diam.
“Berapa orang kat umah? Dia jawab tiga tapi bagi satu jelah untuk anak makan. Tak cukup duit, sambil kira syiling.
“Saya bagi lima bungkus nasi percuma. Jangan segan tak cukup duit nak makan, singgah gerai saya,” kata wanita itu di Twitter.
Seorang pengguna Twitter, @husna__aish menceritakan bagaimana dia juga pernah catu makanan dan hanya beri kepada anak sahaja.
“Pernah dalam situasi ni, rela tak makan demi anak. Semua nak kena catu. Menangis juga sebab tak pernah sampai susah nak makan sebelum kawin.
“Moga rezeki anda tak henti mengalir bagaikan air. Terima kasih sangat bantu orang-orang yang tengah susah,” katanya.
Wanita ini menjual nasi bungkus hanya pada harga RM3.50 dan mempunyai aneka lauk yang boleh anda pilih.