Pembantu rumah ‘kantoi’ campur air kencing dalam makanan majikan

Photo of author

By Joe

Pembantu rumah ‘kantoi’ campur air kencing dalam makanan majikan. Seorang pembantu rumah di Ghaziabad, Uttar Pradesh, telah ditahan kerana mencampurkan air kencing ke dalam doh roti yang diberi kepada majikannya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Menurut polis tempatan, suspek yang dikenali sebagai Reena, 32, telah bekerja selama lapan tahun dengan sebuah keluarga usahawan.

Kejadian ini terbongkar apabila isteri kepada ahli perniagaan hartanah, Nitin Gautam, memasang kamera pengintip di dapur setelah beberapa ahli keluarganya mengalami masalah kesihatan berkaitan hati.

Pembantu rumah 'kantoi'  campur air kencing dalam makanan majikan
Gambar sekadar hiasan
Dia mengesyaki pembantu rumahnya menjadi punca kepada masalah tersebut.
Kamera yang dipasang berjaya merakam suspek mencampurkan air kencingnya ke dalam tepung yang digunakan untuk membuat roti.
Rakaman itu digunakan untuk membuat laporan polis, menyebabkan suspek ditahan.

Menurut Asisten Komisioner Polis Wave City, Lipi Nagaich, suspek bertindak demikian kerana dendam akibat sering dimarahi oleh majikannya hanya disebabkan kesalahan kecil.

Pembantu rumah 'kantoi'  campur air kencing dalam makanan majikan

Baca Lagi:
“Cantiknya tulisan” – Guru bukan Islam ajar tulisan Jawi raih perhatian
Pemilik kelab bola sepak bergelar ‘Datuk’ ke penjara Kajang kerana gagal bayar tunggakan gaji RM1.4 juta
Kru kabin dakwa penumpang selalu tinggalkan ‘barang’ sebelum ke tanah suci, netizen syak sesuatu