Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar “flyover” dirakam orang awam

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar “flyover” dirakam orang awam.

Tular di media sosial rakaman seorang pemandu lori yang berjaya melakukan satu tindakan pantas bagi menyelamatkan nyawanya. Malah kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian kepada pemandu itu yang begitu cekap mengendalikan situasi cemas yang sangat membahayakan itu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan sebuah lori dari arah bertentangan yang meluncur laju semasa berada di lampu isyarat itu. Difahamkan, pemandu lori mengalami masalah untuk menghentikan kenderaan beratnya itu mungkin juga berpunca dari kegagalan brek.

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah pemandu itu dengan segera melompat keluar dari lori untuk menyelamatkan diri sebelum lori tersebut merempuh tiang di hadapan. Hanya dalam masa beberapa saat kemudian, lori itu dilihat merempuh tiang flyover yang berada di depan sekaligus dalam masa yang sama berjaya menghentikan kenderaan berat itu.

@utusantvofficial #SELANGOR | 20 SEPT. Lokasi dekat Lebuhraya Selat Klang dari Masjid Bandar Sultan Suleiman menghala Northport/Tanjung Harapan. 📽️ Pakngah Sahir. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Hasil daripada tindakan pantas pemandu lori itu juga menyebabkan tiada kecederaan atau kemalangan membabitkan pemandu lain yang berlaku. Namun tidak dapat dipastikan sama ada pemandu lori itu berada dalam keadaan yang baik selepas memilih untuk melompat keluar dari lori tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian di atas reaksi pantas yang diberikan pemandu itu. Tindakan pemandu itu yang memilih untuk membiarkan lori dipandunya merempuh tiang itu juga telah menyelamatkan pemandu lain daripada menjadi mangsa rempuhan.

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Pemandu terjun dari lori selamatkan nyawa sebelum langgar "flyover" dirakam orang awam

Baca Lagi:

Jabatan Penjara Malaysia sahkan Najib Razak kini berada di Cheras bukan di penjara Kajang

Bapa rogol dua anak kandung dijatuhi hukuman penjara selama 428 tahun serta 240 sebatan

Lelaki sebar video teman wanita “beromen” dengan pelakon terkenal di kelab malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *