Pemandu teksi terkejut ada anak kucing tumpang teksinya sejauh 804km

Pemandu teksi terkejut ada anak kucing tumpang teksinya sejauh 804km

Pemandu teksi terkejut ada anak kucing tumpang teksinya sejauh 804km. Seekor anak kucing telah mengejutkan seorang pemandu teksi semasa melakukan perjalanan ‘secara tidak sengaja’ sejauh 804 kilometer (km) selepas terperangkap dalam jeriji depan kenderaan tersebut.

Pemandu teksi, Tom Hutchings, 32, dari Tonyrefail, Rhondda Cynon Taf, United Kingdom (UK) memberitahu Sky News bahawa dia sangat terkejut apabila menemui haiwan jinak itu terperangkap di bahagian depan teksi miliknya.

Pemandu teksi terkejut ada anak kucing tumpang teksinya sejauh 804km

“Hampir 10 minit saya memikirkan bagaimana mengeluarkan anak kucing itu.
“Malah, sehingga hari ini saya hairan bagaimana ia boleh masuk hingga terperangkap dalam jeriji teksi ketika melakukan perjalanan sangat jauh ini,” katanya.

Hutchings percaya bahawa kucing itu sudah ‘mengembara’ mungkin lebih 800km dan dia menyedari keberadaan haiwan itu pada waktu pagi semasa hendak menghidupkan teksinya.

“Lazimnya saya memandu teksi melebihi 800km untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan ia sangat mengejutkan kucing itu masih hidup walaupun terperangkap dalam jeriji selain berdepan enjin panas,” tambahnya.

Menceritakan lanjut, Hutchings berkata, semasa mengeluarkan kucing itu, tangannya dicakar haiwan tersebut.

“Kucing diberi nama Gizmo berasal dari daerah Miskin dan saya sudah lama tidak pergi ke sana. Kemungkinan dia sesat dan menyelit masuk dalam jeriji teksi saya,” katanya.

Kucing tersebut akhirnya diserahkan kepada pemiliknya selepas doktor merawat haiwan tersebut memberitahu ia hilang selama seminggu.

Baca Lagi:
Didakwa sudah berbaik semula dengan bekas tunang, jawapan Zarina Anjoulie buat ramai netizen terkedu
“Adik ipar suka menumpang rumah, buat macam bapak dia punya rumah”
Gambar wanita dipaku pada pokok dicari orang ramai, dipercayai kena perbuatan sihir
CATEGORIES