Pemandu Lalamove terkejut dapat ‘order’ kena pandai cakap cina

Photo of author

By Joe

Pemandu Lalamove terkejut dapat ‘order’ kena pandai cakap cina. Kita sering mendengar kisah para pemandu Lalamove atau Grab yang menerima permintaan yang di luar jangkaan orang biasa.

Baru-baru ini, seorang pemandu Lalamove telah berkongsi tangkapan skrin yang menunjukkan satu permintaan ‘spesifik’ daripada seorang pelanggan untuk tugasan penghantaran menerusi aplikasi tersebut.

Dalam tangkapan skrin itu, seorang pelanggan telah meminta bahawa tugasan penghantaran ini perlu dilakukan oleh pemandu yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Cina.

Pemandu Lalamove terkejut dapat 'order' kena pandai cakap cina

“Pemandu perlu fasih berbahasa Cina,” tulis pelanggan dalam nota tambahan untuk tugasan tersebut.

Pemandu itu kemudian berseloroh bahawa permintaan itu seolah-olah seperti permohonan untuk temuduga pekerjaan, seperti yang biasanya diminta oleh beberapa syarikat di luar sana di mana bakal pekerja perlu mahir berkomunikasi dalam bahasa Cina.

Perkongsian lelaki tersebut di grup FB Lalamove Malaysia telah menarik perhatian netizen dan memperoleh pelbagai reaksi daripada mereka.

Ramai yang merasakan lucu melihat permintaan tersebut kerana tugasan pemandu hanya sekadar menghantar barang sahaja.

Pada masa yang sama, ramai berpendapat isu bahasa sepatutnya tidak menjadi masalah besar di Malaysia kerana majoriti penduduknya masih fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris.

Walau bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan pelanggan yang meminta pemandu yang fasih berbahasa Cina, mungkin kerana mereka sendiri tidak fasih berbahasa Inggeris atau Malaysia, terutama jika mereka berasal dari China atau Taiwan.

Baca Lagi:
Banyak kenangan, hari terakhir ‘Rumah Biru’ di Kampung Baru sebelum dirobohkan
Mahu jadi jutawan dengan cara mudah, peniaga kantoi ‘curi’ 10 sen setiap kali pelanggan imbas kod QR
Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis