Pemandu Grab dibunuh dengan kejam, mayat disumbat dalam but kereta

TERBARU 164 e1660494978298

Pemandu Grab dibunuh dengan kejam, mayat disumbat dalam but kereta.

Lelaki ditemukan mati dalam keadaan kaki diikat dengan kain serta cedera pada muka dan telinga di dalam but keretanya di Jalan Tugu, di sini, hari ini.

Terdahulu, dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, mengesan sebuah kereta Perodua Bezza, di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara, di sini, dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira 6.30 pagi.

MPV berkenaan kemudian mengejar kereta berkenaan sebelum pemandunya memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, empat penumpang termasuk seorang wanita kemudian melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu.

“Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan dan menemui mayat lelaki terbabit dengan kakinya terikat kain manakala muka dan telinganya berdarah.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan digunakan khidmat e-hailing Grab Car dan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa seorang lelaki tempatan dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an.

Susulan itu, Polis Kuala Lumpur memberkas tujuh individu warga Indonesia pada 4.30 petang hari ini, yang mana empat daripada mereka berkemungkinan positif terbabit dalam kes penemuan mayat mangsa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Baca lagi:

Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Kereta meletup, anak perempuan pakar sains dan falsafah terkenal Russia terbunuh

Selepas teruk kena kecam, Aliff Syukri mahu bunuh diri

Leave a Reply

Your email address will not be published.