Pemandu bas terkejut penumpang hilang sekelip mata

Pemandu bas terkejut penumpang hilang sekelip mata

Pemandu bas terkejut penumpang hilang sekelip mata. Satu klip video yang tular di media sosial Singapura memaparkan detik menyeramkan seorang pemandu bas apabila paparan rakaman kamera keselamatan pengangkutan awam itu menunjukkan penumpang yang sebenarnya tidak wujud.

Menurut portal berita Coconuts, laman TikTok paranormal tempatan, Supernatural Confessions memuat naik klip video itu semalam.

Ia menunjukkan seorang pemandu bas melihat ada seorang penumpang sedang duduk di aras atas bas dua tingkat itu. Gambarnya dapat dilihat pada skrin tempat duduk pemandu.

Insiden seram 10 Februari lalu itu berlaku ketika pemandu berkenaan menamatkan syif kerja pada waktu awal pagi.

Pemandu bas terkejut penumpang hilang sekelip mata

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan sebelum itu, tiada seorang pun penumpang berada di dalam bas.

“Dia melihat terdapat seseorang sedang duduk di aras atas bas namun, bas tersebut ketika itu tidak mempunyai penumpang.

“Pemandu membuat keputusan untuk memeriksa keadaan bas. Apa yang mengejutkan adalah tiada sesiapa pun di situ (kerusi yang menunjukkan imej penumpang),” demikian menurut keterangan video tersebut.

Pemandu bas kemudian didengari memarahi entiti yang mengganggunya dan menegaskan bahawa dia hanya bekerja.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Saya percaya. Suami saya bekerja syif malam di Depoh Bas Bulim. Banyak kisah menyeramkan yang berlaku,” kata seorang netizen.

“Mungkin video penumpang telah dirakam sebelum itu. Jangan terlalu percaya ia berkaitan dengan aktiviti paranormal sehingga anda menghapuskan semua kesimpulan yang mungkin,” ujar seorang pengguna lain.

@supernaturalconfessions @Dark Arts Of Syed Wilson shares this chilling footage of a ghostly presence that boarded an empty bus in the wee hours of the morning. Will you dare to watch? Take a look at the white circle when it happens. #Ghosts #Supernatural #scary #hauntedbus ♬ original sound – SupernaturalConfessions – Supernatural Confessions

Baca Lagi:
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Budak baru nak ambil SPM dari Shah Alam terima gaji RM14,000 sebulan
Buaya panjang 5 meter muncul di pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa
CATEGORIES