Pemain harapan Liverpool kini jual ayam goreng

Pemain harapan Liverpool kini jual ayam goreng

Pemain harapan Liverpool kini jual ayam goreng. Pernah dilabel sebagai pemain harapan Liverpool selepas melakukan penampilan sulungnya pada usia 16 tahun dan enam hari sekali gus menjadi pemain paling muda kelab itu, Jerome Sinclair kini memiliki kedai ayam goreng di kampung halamannya Birmingham.

Sinclair, kini berusia 26 tahun, diperkenalkan oleh pengurus Brendan Rodgers ketika kemenangan 2-1 ke atas West Brom pada 2012 – dalam laluan menjadi pemain paling muda pernah tampil bersama kelab itu, rekod yang masih dipegangnya hingga kini.

Dia menjaringkan gol tunggalnya dalam aksi Piala FA Inggeris menentang Exeter pada musim 2015-16 di bawah kendalian Juergen Klopp.

Bagaimanapun, kariernya di kelab itu tidak berjalan seperti dirancang – melakukan hanya empat penampilan selepas itu sebelum berpindah ke Watford pada 2016.

Pemain harapan Liverpool kini jual ayam goreng

Dia kemudian melaburkan pendapatannya dalam beberapa jenis perniagaan termasuk cawangan francais Morley’s Chicken di Birmingham, yang diasaskan di London pada pertengahan 1980-an namun berkembang sejak itu.

Sinclair masih tidak mempunyai sebarang kontrak sebagai pemain bola sepak profesional sejak kontraknya di Watford tamat pada 2021.

“Selamat datang ke keluarga Morley’s, Jerome Sinclair,” menurut syarikat itu dalam ciapan di Twitter.

Pemergiannya dari Liverpool amat memedihkan dengan penyokong kelab itu menyalahkan ejen Aidy Ward – yang turut menjadi dalang pemergian Raheem Sterling ke Manchester City pada 2015.

Ward menjadi wakil Sinclair sejurus sebelum dia menolak tawaran kontrak baharu di Liverpool.

Klopp tidak berselindung apabila merujuk secara langsung situasi dialami Sinclair.

“Apa yang kami cuba lakukan adalah mencipta situasi yang mana pemain muda tahu ia tidak penting untuk meraih gaji besar dalam tahun pertama karier anda,” katanya.

“Saya sukakan Jerome, dia mempunyai bakat semula jadi dan jika dia mahu kekal bersama kami tiada masalah. Jika tidak, kami tidak boleh memaksa,” katanya.

Liverpool tidak memaksanya dan Sinclair berlalu meninggalkan Anfield.

Di Watford, dia dijangka mampu memulakan karier gemilang bermula pada usia muda tetapi hanya beberapa penampilan menyusul dan dia berakhir dengan beraksi bersama beberapa kelab secara pinjaman.

Ia termasuk Wigan Athletic, Birmingham City, Sunderland, Oxford United, VVV-Venlo dan CSKA Sofia. Tiada kontrak menyusul dan dia kini menguruskan restoran ayam goreng Morley’s di Birmingham sejak Julai tahun lalu.

Baca Lagi:
Pandai buat untung, lelaki beli 200 buah Land Rovers Defenders 8 tahun lepas, kini dijual semula harga bernilai RM1.16 juta sebuah
Pemain bola terkaya di dunia Faiq Bolkiah mampu kalahkan Messi dan Ronaldo, rupanya anak kerabat diraja
Tiga pasport dari negara Asia ini paling berkuasa tahun 2023
CATEGORIES