Pelumba basikal kena denda RM1,050.02 kerana cium isteri. Seorang pelumba basikal Perancis telah meminta maaf selepas didenda kerana mencium isteri sendiri semasa perlumbaan berprestij Tour de France baru-baru ini, melaporkan BBC semalam.
Julien Bernard dikenakan denda sebanyak £174 (RM1,050.02) oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) kerana berhenti seketika semasa peringkat ke-7.
“Penalti ini dikenakan kerana tingkah laku yang tidak patut semasa perlumbaan dan merosakkan imej sukan lumba basikal,” kata UCI.
Bernard memohon maaf kepada UCI melalui catatan di media sosial.
Beliau juga menyatakan kesiapannya untuk membayar denda tersebut ‘setiap hari dan menghidupkan kembali detik manis tersebut’.
Sementara itu, seorang pelumba Itali, Davide Ballerini, juga dikenakan denda yang serupa selepas melanggar peraturan yang sama pada awal perlumbaan.