Peluk pengantin lelaki, menangis atas pelamin bekas kekasih undang ramai sebak

Photo of author

By Joe

Peluk pengantin lelaki, menangis atas pelamin bekas kekasih undang ramai sebak. Seorang lelaki di Indonesia menarik perhatian ramai setelah menangis di atas pelamin semasa menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @agusbahrian24, lelaki itu dilihat naik ke atas pelamin dan bersalaman dengan pengantin lelaki.

Suasana ceria bertukar janggal apabila dia mula menangis teresak-esak di hadapan orang ramai.

Peluk pengantin lelaki, menangis atas pelamin bekas kekasih undang ramai sebak

“Saya tidak sanggup menyaksikan detik ini, tetapi kita hanya manusia lemah yang mampu mengikhlaskan. Terima kasih wanita baik dan hebat. Saya gembira mengenalimu,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 689,800 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Pengantin lelaki itu lebih ‘sakit’ daripada anda,” kata seorang netizen.

“Sakitnya sampai sini,” komen netizen lain.

@agusbahrian24 Moment dimana saya tidak ingin melihat ini, dan pada akhirnya kita cuma manusia lemah yg cuma bisa mengikhlaskan. Terima kasih wanita baik .wanita hebat, saya senang bisa mengenalmu, bisa tertawa bahagia, semoga kebahagian bisa mendekatimu, begitupun dengan saya, saya tutup cerita ini, kisah ini di tahun ini. @Anitaa @ie_yoong24 #sadstory #galaubrutal # #galaustory #fyp #xbyzca #ditinggalnikah #capcut ♬ suara asli – 🤍

Baca Lagi:
Lelaki rompak 50 buah rumah hanya guna burung merpati
49,000 tonton live Fattah Amin di TikTok, ratusan netizen bagi ‘gift’
Ini 5 negara terkenal tiada lapangan terbang yang masih ramai tak tahu