“Peluk kuat-kuat!” – Abby Abadi minta Fattah Amin pujuk Fazura agar kembali bahagia bersama. Pelakon Abby Abadi meminta agar aktor Fattah Amin memujuk Fazura berikutan kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan selebriti itu.
Suruh Peluk Erat
Menerusi komen yang ditinggalkan di posting Instagram terbaru yang dimuat naik oleh Fattah, Abby, atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, memohon agar pelakon filem “Pendekar Awang” itu memeluk erat Fazura dan kembali bahagia bersama.
“Pujuklah dik…”
Komen tersebut turut disokong oleh majoriti netizen, di mana rata-rata bersetuju dengan cadangan aktres berusia 47 tahun itu.
“Betul tu, pujuklah dan bincang elok-elok. Semoga jodoh itu masih panjang,”
“Perempuan ini hatinya lembut, pujuk dan peluklah dengan penuh kasih sayang, semoga diberi kelembutan buat hatinya,”
“Setuju! Fattah, pergi pujuk sekarang. Peluk sampai sejuk, okey!”
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fazura diwakili oleh peguam Fakhrul Azman, manakala Fattah diwakili oleh peguam Zulkifli Che Yong.
Fazura, atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.