Peluang istimewa banduan beragama Islam boleh pulang beraya bersama keluarga

Peluang istimewa banduan beragama Islam boleh pulang beraya bersama keluarga

Peluang istimewa banduan beragama Islam boleh pulang beraya bersama keluarga. Peluang istimewa kepada penghuni penjara beragama Islam ‘terpilih’ apabila mereka dibenarkan merayakan Aidilfitri bersama keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI Kepulangan Yang Dinanti, sempena Aidilfitri ini.

Menurutnya, ikhtiar itu memberi peluang kepada penghuni penjara menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Peluang istimewa banduan beragama Islam boleh pulang beraya bersama keluarga

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
“Ini bagi membolehkan penghuni penjara merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya pada sidang media di sini, tadi.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.

Katanya, ikhtiar itu menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga kediaman.

“Mengambil kira pengurangan harga simen ini berbanding harga pasaran, ia membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.

“Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah

mampu milik sehingga 24,000 unit,” katanya.

Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi keutamaan berhubung penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.

Baca Lagi:
Wanita tuduh askar tak puasa, sekali ada lelaki bagi penjelasan padu!
RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri sebab masuk PAS?
“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”
CATEGORIES