Pelitup muka perlu ada MS SIRIM bermula 1 Julai – KPDN

Pelitup muka perlu ada MS SIRIM bermula 1 Julai – KPDN

Pelitup muka perlu ada MS SIRIM bermula 1 Julai – KPDN. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai ini.

KPDN berkata, penetapan tarikh penguatkuasaan ini memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Menurutnya, selari penguatkuasaan itu, KPDN juga akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti yang ditetapkan.

Pelitup muka perlu ada MS SIRIM bermula 1 Julai - KPDN

“Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun ini adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperoleh standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara.

“Mana-mana pihak yang ingin mengedar, mengeluar atau menjual pelitup muka bukan perubatan di dalam negara mestilah memastikan produk tersebut mendapat standard perakuan berkaitan.

“Maklumat yang berhubungan dengan standard perakuan pelitup muka bukan perubatan tersebut mestilah disertakan pada kotak atau bungkusan pelitup muka bukan perubatan tersebut,” katanya menerusi kenyataaan akhbar hari ini.

Katanya, tarikh kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan (Penandaan dan Perakuan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 sepatutnya tamat pada 4 Julai 2022, namun, ditangguhkan sehingga 1 Januari lalu.

Dalam tempoh tersebut, KPDN mengambil pendekatan pendidikan yang mana aktiviti penguatkuasaan dan tindakan hukuman tidak dilakukan kepada syarikat atau individu yang mengedar, mengeluar dan menjual pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai perakuan standard ditetapkan.

Baca Lagi:
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
Sebelum pergi bercuti tinggalkan rumah, sila letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu
Selama ini tak tahu, ini 35 tips percutian yang jimat poket anda bersama keluarga
CATEGORIES