Pelitup hidung Kosk akan diperkenal khas pakai ketika makan

Pelitup hidung Kosk akan diperkenal khas pakai ketika makan

Pelitup hidung Kosk akan diperkenal khas pakai ketika makan. Pelitup muka adalah antara peralatan yang wajib dipakai pada era pandemik ini bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Susulan itu pelbagai fesyen pelitup muka timbul yang meriah beraneka warna dan gaya.

Seperti di Korea Selatan, sebuah syarikat memperkenalkan pelitup muka kelihatan sedikit pelik yang dikenali Kosk.

 

Kosk yang hanya menutupi hidung, ia mendapat perhatian ramai termasuk akhbar-akhbar dari Barat.

Kosk merupakan gabungan perkataan Ko + Mask, di mana Ko merupakan panggilan untuk hidung dalam bahasa Korea.

Pelitup hidung tersebut hadir dalam dua rekaan. Satu untuk dipakai di hidung sahaja, dan satu lagi membolehkan pengguna menanggalkan bahagian mulut ketika ingin makan.

Pelitup hidung Kosk akan diperkenal khas pakai ketika makan

Ada yang mempersendakan rekaan tersebut namun ramai juga yang menyukai penawaran Kosk itu.

Malah terdapat kajian turut mengatakan hidung merupakan salah satu ruang mudah untuk koronavirus memasuki badan.

Walaupun ia pelik, ia dilihat adalah lebih baik daripada tidak memakai apa-apa ketika berada di luar, terutamanya ketika berada di kafe, kedai makan dan sebagainya.

Baca juga Wajib beli. Gunting terbaharu 3M lebih lasak dan berkualiti, mudahkan kerja di dapur

Kosk dijual melalui laman Coupang di Korea Selatan pada harga sekitar RM34.

Menurut Oddity Central, rekaan ini dicipta bagi memudahkan pengguna seperti semasa makan atau apa jua aktiviti yang melibatkan mulut.

Meskipun sedang menikmati makanan, perlindungan terhadap Covid-19 masih boleh dilaksanakan dengan menutupi bahagian hidung.

Baca Juga : Jutawan muda ini mahu langsaikan hutang negara buat orang ramai terkejut

Kalau ada RM2 juta bak mai, saya balik Malaysia – Sajat

George Soros beri amaran, China bakal hadapi krisis ekonomi paling dasyat

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

CATEGORIES