Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta

Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta

Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta. Tertelan kunci kereta? Pelik tapi benar apabila kejadian itu memang berlaku kepada seorang lelaki Arab Saudi, baru-baru ini.

Pasukan perubatan sebuah hospital di wilayah pesisir pantai, Al Qunfudah di Arab Saudi, terpaksa menjalankan pembedahan untuk membuka saluran pernafasan lelaki itu.

Pasukan berkenaan dipuji berjaya menyelamatkan nyawa lelaki itu melalui pembedahan itu.

Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta

Kebanyakan sumber berita di Timur Tengah melaporkan, lelaki itu ‘bermain’ dengan kunci sebelum kejadian itu berlaku.

Menurut Gulf News, susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 49 tahun itu dimasukkan ke wad kecemasan.

Berdasarkan laporan sama, kakitangan perubatan menyedari lelaki itu sukar bernafas sebelum pemeriksaan sinar-X menunjukkan, kunci kereta berada dalam saluran pernafasannya.

Pesakit itu memberitahu doktor, dia secara tidak sengaja menelannya semasa bermain dengannya sebelum doktor membuat endoskopi untuk mengeluarkan kunci.

Pelik tapi benar, lelaki dibedah kerana tertelan kunci kereta

Keputusan ‘membersihkan’ saluran pernafasan yang tersekat dengan kunci itu dianggap tindakan terbaik, namun prosedur itu lebih rumit apabila lelaki itu mengalami masalah jantung.

Nasib lelaki itu baik apabila pembedahan itu berjaya.

Pesakit dipantau dalam wad hospital selama beberapa hari untuk memastikan tiada komplikasi lain berlaku terhadapnya.

Baca Lagi:
Kenapa air laut boleh jadi masin?, ini jawapanya buat ramai nak tahu
5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi
Selama hidup, baru tahu kenapa burung tidak terkena renjatan elektrik bila duduk atas kabel voltan tinggi
CATEGORIES