“Pelik tapi benar”, Engineer suka pakai lampin ke tempat kerja kerana mahu jadi bayi

Photo of author

By Joe

“Pelik tapi benar”, Engineer suka pakai lampin ke tempat kerja kerana mahu jadi bayi. Sebagai manusia, normal untuk ada kelakuan yang pelik, tetapi yang ini melampaui jangkaan. Komuniti Peminat Pakaian Lampin Dewasa (ABDL) telah muncul di Malaysia!

Menurut laporan Buletin TV9, seorang lelaki yang bekerja sebagai jurutera telah mengakui bahawa dia mengalami masalah ABDL sejak berumur 13 tahun selepas melihat adiknya memakai lampin.

ABDL merujuk kepada kecenderungan seseorang yang ingin dilayan seperti bayi, termasuklah memakai lampin seperti bayi walaupun sudah dewasa.

"Pelik tapi benar", Engineer suka pakai lampin ke tempat kerja kerana mahu jadi bayi

“Saya pakai secara rahsia sahaja… Ia membuat saya berasa sangat selesa,” katanya.

Lelaki berkenaan berkata keinginan untuk menjadi bayi juga mendorongnya untuk memakai lampin ke tempat kerja tanpa diketahui isterinya.

Lagi mengejutkan apabila dia mendedahkan komuniti ini mempunyai groupchat di WhatsApp dan tak malu menceritakan hal-hal seperti lampin penuh waktu malam.

Penuh sampai kembung.

Kalau duduk tu memang pecah.

chat abdl

Dia juga menyatakan bahawa isterinya tidak menyedari tentang sisi aneh ini kerana dia tidak memakai lampin ketika berada di rumah.

“Pergi di luar bandar, hiking, di mana-mana, pada bila-bila masa, saya pakai lampin.”

Sebagai bapa kepada seorang anak, dia menyatakan bahawa ia telah menjadi kebiasaan baginya untuk memakai lampin seperti bayi apabila berada di luar.

“Hmmm… Pelik tapi benar. Mungkin rasa tidak puas menjadi bayi adalah yang membuat perkara seperti ini berlaku. Bagi anda di luar sana, janganlah meniru tingkah laku seperti ini.”

Baca Lagi:
Leona dedah Syed Saddiq muncul dalam mimpi, sekali Azhar Sulaiman komen buat ramai berdekah
Anak Datuk bunuh, rogol dan liwat gadis kekal hukuman gantung
“Dapat jimat RM2,000 sebulan”- Lelaki ini jadikan Proton Iriz sebagai rumah raih perhatian ramai