Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang

Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang

Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang. Sebuah kedai runcit di Barcelona, Sepanyol menampal notis pemberitahuan yang memaklumkan bahawa ia mengenakan bayaran €5 (RM25) kepada pelancong yang hanya datang untuk meninjau tanpa membeli barang, lapor laman berita Oddity Central.

Premis bernama Queviures Murria itu telah beroperasi sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi popular di Barcelona.

Gaya vintaj dan reka bentuk tradisional kedai itu menarik kedatangan beratus-ratus pelancong setiap hari tetapi sebilangan mereka tidak berminat dengan produk yang dijual.

Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang

Menurut salah seorang pengurus, ramai pelancong memasuki kedai tanpa menyapa pekerja, lalu merakam gambar sebelum keluar tanpa membeli apa-apa.

Oleh itu, dia bersama rakan sekerjanya memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk menghalang mereka daripada berbuat demikian.

“Idea itu bermula sebagai jenaka tetapi apabila kakitangan dan pelanggan kami semakin tidak selesa, kami memutuskan untuk melaksanakannya,” kata pengurus tersebut, Toni Merino.

Pelanggan akan dikenakan bayaran RM25 jika masuk kedai tidak beli barang

Dengan memaparkan notis bayaran di hadapan kedai, kedai tersebut berjaya menghalang kebanyakan pengunjung yang tidak diingini.

Setiap pelanggan pula pasti membeli sesuatu setiap kali pergi ke premis berkenaan.

Baca Lagi:
Sanusi dilapor ‘ghaib’ dari Kedah
Hari pertama masuk rumah sewa, aku rasa tak sedap hati, rupanya ini yang terjadi pada bilik utama..
Isteri kantoi curang di Tanah Suci, siap ‘check in’ hotel mewah bersama suami orang di Madinah
CATEGORIES