Pelancong terkejut jumpa kaki manusia tanpa badan di kawasan air terjun. Pengunjung Air Terjun Grojogan Sewu, Indonesia terkejut apabila melihat potongan kaki manusia di kawasan pelancongan itu.
Menurut polis, saksi melihat kaki manusia yang terpotong ketika dia sedang merakam swafoto.
Dia kemudian melaporkan penemuan itu kepada pegawai yang menjaga kaunter di pintu masuk pelancong, yang kemudiannya memaklumkan hal tersebut kepada polis.
Kes enemuan kaki berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Karanganyar manakala, cebisan kaki yang ditemukan dibawa ke Hospital Dr Moewardi Solo.
Dalam perkembangan terbaharu, siasatan kes misteri itu akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang individu, kira-kira 300 meter dari lokasi penemuan kaki kanan berkenaan.
Eko berkata, kira-kira seminggu lalu seorang individu dari Kampung Blumbang, Daerah Tawangmangu telah hilang di lokasi itu.
“Untuk kepastian sama ada mayat itu penduduk Blumbang atau tidak, saya tidak tahu. Nanti biar polis yang maklumkan,” katanya.
Untuk rekod, Air Terjun Grojogan Sewu sendiri merupakan destinasi pelancongan yang popular di Karanganyar, Jawa Tengah.