Pelancong rakam diam-diam pemandu e-hailing hina agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia

Photo of author

By Joe

Pelancong rakam diam-diam pemandu e-hailing hina agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Syarikat-syarikat e-hailing didesak untuk mengambil tindakan tegas, termasuklah memberhentikan pemandu yang mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam kepada pelancong asing, yang video rakaman tersebut menjadi viral di media sosial hari ini.

Dalam video yang dipercayai direkodkan oleh pelancong, pemandu tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam semasa berbual dengan pelancong asing yang menggunakan perkhidmatannya.

Difahamkan bahawa dia menyatakan ketidaksetujuannya terhadap Islam sebagai agama rasmi, serta mengkritik sekatan-sekatan seperti larangan berjudi dan meminum arak.

Pelancong rakam diam-diam pemandu e-hailing hina agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, menyuarakan kekecewaan dan kejutan beliau apabila dimaklumkan mengenai kandungan video tersebut.

“Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit.

“Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jose Rizal berkata, syarikat pengendali juga perlu mempertingkatkan amaran serta memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan seumpama itu.

“Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara (rosakkan keharmonian).

“Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing bertanggungjawab menyediakan garis panduan yang sentiasa diingatkan kepada pemandu bagi mengelak perkara ini berulang,” katanya.

Tindakan pemandu memalukan

Bagi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, perbuatan pemandu terbabit menghina agama serta umat Islam kepada pelancong asing adalah perkara memalukan negara.

Katanya, sebagai negara yang berperlembagaan, tidak ada mana-mana individu bukan Islam dilarang untuk minum arak mahupun berjudi di negara ini.

“Ini adalah penghinaan yang amat serius dan kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap individu terbabit,” katanya.

Baca Lagi:
“Muka isteri aku pucat dan terus baik demam bila aku tanya soalan pasal WhatsApp”
Bekas askar bina rumah guna botol kaca jadi perhatian ramai, 20 tahun kutip botol yang hanyut di laut, rupanya ada mesej yang nak disampaikan…
Rupanya ini sebab kenapa banyak kediaman bertingkat sekarang tiada balkoni