Pelancong dari Rusia ‘siasat’ kenapa kedai di Malaysia suka bungkus air guna plastik ikat tepi

Photo of author

By Joe

Pelancong dari Rusia ‘siasat’ kenapa kedai di Malaysia suka bungkus air guna plastik ikat tepi. Malaysia adalah salah satu negara di Asia yang terkenal dengan kepelbagaian makanannya.

Pelancong yang datang ke Malaysia sering menganggap negara ini sebagai sebuah ‘syurga’ makanan kerana hidangan yang enak dan pelbagai jenis.

Namun, lain pula dengan sebuah video di TikTok yang menunjukkan pelancong berkongsi rasa ‘pelik’ mereka terhadap cara pembungkusan air di kedai makan di Malaysia.

Pelancong dari Rusia 'siasat' kenapa kedai di Malaysia suka bungkus air guna plastik ikat tepi

Cuba selidik mengapa kebanyakan kedai makan membungkus air dalam plastik
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa pelancong dari Rusia telah mempersoalkan mengapa kedai makan di Malaysia menggunakan plastik untuk membungkus air.

Oleh itu, mereka cuba mencari jawapan mengenai faedah penggunaan plastik tersebut. Nak tahu apa hasil siasatan mereka? Jom tonton video di bawah.

@klwalks Странные пакетики в Малайзии #куалалумпур #малайзия #азия #путешествия #streetfoods #напитки ♬ оригинальный звук – KLWalks

Baca Lagi:
Pelancong dari Morocco pelik kenapa keluarga Melayu di Malaysia pakai baju sedondon, jawapan netizen buat ramai terhibur
Wanita promosi gerai makanan, sekali lain pula yang netizen perasan belakang gerai
Hilang kepercayaan terhadap Annuar Musa, Muafakat Nasional Sabah bubar