Pelancong dari Morocco pelik kenapa keluarga Melayu di Malaysia pakai baju sedondon, jawapan netizen buat ramai terhibur. Mengenakan pakaian sedondon atau seragam mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi sesebuah keluarga, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu di sini.
Selalunya, kita melihat budaya berpakaian warna sedondon ini semasa sambutan raya atau pada acara-acara tertentu.
Namun begitu, bagi pelancong luar yang datang ke Malaysia, ini dianggap sebagai satu keunikan yang menarik.
Seorang pelancong dari Morocco baru-baru ini menunjukkan keterujaannya apabila melihat beberapa keluarga berpakaian dengan warna sedondon semasa berada di tempat pelancongan Bukit Bendera.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan, dia mendakwa bahawa ia sesuatu yang comel dan turut meminta netizen memberikan penjelasan mengapa keluarga Melayu suka mengenakan warna sedondon.
Komen netizen bikin terhibur
Ramai netizen Malaysia membanjiri ruangan komen video tersebut untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pelancong terbabit.
Netizen mendakwa kemungkinan keluarga yang berpakaian sedondon itu baru sahaja menghadiri kenduri, dan kebiasaannya warna pakaian dipilih oleh ibu.
Ada juga yang berkongsi bahawa pemilihan pakaian dan warna seragam ini sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan oleh keluarga di sini, terutama semasa sambutan raya atau apabila keluar bersama-sama.
@itsyassin98 they so cute!!! #malaysia #penang #georgetown #malaysiatiktok #malay #fyp #viral #fyp #xyzbcafyp≥ #merdeka #merdekabelajar ♬ original sound – Abul Hasan
Dalam pada itu, netizen juga sempat berseloroh bahawa berpakaian sedondon memudahkan mereka untuk mencari ahli keluarga. Pelancong tersebut dilihat terhibur dengan semua jawapan yang diberikan.