Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura

Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura

Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura. Seorang rakyat Australia memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak melawat Singapura melainkan mereka memiliki kekayaan, lapor porta berita asiaone semalam.

Rakyat Australia itu membuat kenyataan itu ketika dia berkongsi pengalaman melawat pusat beli-belah The Shopee yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis barangan mewah di Marina Bay Sand.

Dia yang menggunakan akaun _jessiecarr berkongsi video tentang kunjungannya ke pulau tersebut.

Pelancong Australia pesan kepada orang ramai jangan kunjungi pusat beli-belah di Singapura

“Jangan pergi ke pusat beli-belah di Singapura melainkan anda kaya,” katanya dalam video itu sambil melihat di sekelilingnya.
“ Ini yang saya lihat,” katanya yang menunjukkan kedai berjenama di sekelilingnya termasuk Bottega Veneta, Hermes, Balenciaga, Saint Laurent, Bulgari, Louis Vuitton dan Prada.
“Saya belum lagi melihat satu kedai mampu milik yang saya boleh berbelanja,” tambahnya.
Baca Lagi:
Wanita tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syarat yang diperlukan
Pengorbanan besar kakak untuk adik, sanggup dermakan rahim supaya adik perempuan boleh merasa lahirkan anak sendiri
Kutuk bos dan rakan sekerja dalam group WhatsApp, mahkamah putuskan pekerja boleh dipecat
CATEGORIES