“Pelamin anganku musnah” – Lelaki menduda kali ke-2 selepas pengantin perempuan cabut lari

“Pelamin anganku musnah” – Lelaki menduda kali ke-2 selepas pengantin perempuan cabut lari

“Pelamin anganku musnah” – Lelaki menduda kali ke-2 selepas pengantin perempuan cabut lari. Impian untuk seorang lelaki bergelar suami tidak kesampaian. Mahligai indah yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Pelamin anganku musnah, begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki yang bernama Nidzam yang berasal dari Sarawak.

Dikhabarkan bahawa pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir. Mungkin sudah takdir tiada jodoh antara mereka berdua namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut meriah bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan bertukar menjadi majlis doa selamat gara-gara ketiadaan pengantin perempuan.

Dikatakan bahawa bakal pengantin perempuan membatalkan perkahwinan tersebut tiga hari sebelum majlis berlangsung.

"Pelamin anganku musnah" - Lelaki menduda kali ke-2 selepas pengantin perempuan cabut lari

“Pengantin lari, duda kali kedua. Tetap senyum. Takdir memisahkan kita. Tarikh bersanding adalah 18 Disember 2022. Pelamin sudah siap tetapi pengantin lari. Pelamin anganku musnah, kecundang,” tulis lelaki ini diruangan kapsyen dalam video TikTok yang dimuat naiknya.

Dalam video tersebut, lelaki yang merupakan seorang bapa tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun itu sempat menggunakan khidmat andaman memandangkan tempahan tidak dapat dibatalkan.

“Tiba di hotel untuk ditata rias, masih boleh tersenyum. Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat.

“Jangan tanya pengantin perempuan mungkin salah dua-dua belah pihak. Kita hanya merancang ALLAH berikanlah kekuatan,” tulis Nidzam pada video keduanya.

@keroll0907 Pelamin Anganku Musnah ❤️‍🔥 #teamduda ♬ Takdir Memisahkan – Arjuna 89

Tersergam indah pelamin yang bertemakan bertemakan rona putih dan ungu muda. Walaupun majlis itu hanya menjadi majlis doa selamat namun tetamu dan kenalan yang dijemput tetap hadir.

Kelihatan juga meja santapan pengantin lengkap dengan hiasan yang sepatutnya meraikan kedua- dua raja sehari. Resepsi perkahwinan bernilai RM20,000 juga diteruskan apabila tempahan dengan pihak katering tidak dapat dibatalkan.

@keroll0907 Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat..jgn tanya pengantin perempuan mungkin salah 2 2 belah pihak..kita merancang YaAllah berikan kekuatan.. #teamduda ♬ Cukup Derita Itu – Siti Nordiana

“Akad nikah dan majlis persandingan sepatutnya berlangsung pada hari yang sama tetapi lokasi berbeza. Katering tidak dapat kami batalkan. Jadi kami buat doa selamat dan sedekah tetamu makan.

“Pihak pengantin perempuan membatalkan pernikahan tiga hari sebelum tarikh berlangsung kerana tiada persefahaman. Tetap tenang dan lebarkan senyuman. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, jaga kesihatan mental kita.

“Jangan rosakkan kesihatan mental, ia lebih penting daripada tanggapan orang luar,” kata lelaki ini.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Nidzam.

Semua tu terjadi sbab allah dh tentukan , sabar , tawakal dgn jln yg allah tentukkan .

“Insya Allah one day allah will find the best women for you.”

“Macam mane owg lah yg lari tu.hmmm mgkin belum jumpa yg terbaik.”

“Betul2 kuat yee awak…sabar byk2 ye ujian yg Allah bg stp org berlainan..sy 2x divorecd pom down sgt memlih utk singlemom 10 thn.”

“Semoga sabar tabah dan kuat menghadapi ujian ini.”

“Jangan risau mukin Ada hikmah disebalik yg berlaku.”

“Ya Allah sedihnya , semoga sentiasa kuat. ye🥺🤲setiap yg berlaku mesti ada hikmah.”

“Semoga terus kuat dan tabah insyaAllah pasti Allah akn hadir kn sesorg pda masa tepat peecaya lha.”

Baca Lagi:
MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
5 cara pilih durian terbaik untuk dapatkan isi yang puas hati
CATEGORIES