Pelakon wanita terkenal dibelasah suami sebab tolak ajakan ‘bersama 2 kali sehari’

Pelakon wanita terkenal dibelasah suami sebab tolak ajakan ‘bersama 2 kali sehari’

Pelakon wanita terkenal dibelasah suami sebab tolak ajakan ‘bersama 2 kali sehari’. Sebelum ini, pelakon terkenal Indonesia Venna Melinda terpaksa membuat laporan polis gara-gara suaminya, Ferry Irawan yang juga merupakan seorang pelakon bertindak memukul sehingga berlumuran darah.

Penat suami minta asyik minta ‘bersama’

Difahamkan, Ferry sengaja menekan hidung isterinya dengan menggunakan kepala sehingga cedera. Dalam pada itu, Venna sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang dengan menggunakan khidmat guaman terkenal di Indonesia.

Pelakon wanita terkenal dibelasah suami sebab tolak ajakan 'bersama 2 kali sehari'

Gambar hiasan

Meskipun si suami ada meminta maaf, namun Venna tetap dengan pendirian untuk tidak memberi peluang kerana kekasaran itu bukan kali pertama berlaku terhadap dirinya.

Ujar pihak peguam, punca Venna dipukul adalah sebab menolak ajakan ‘bersama’ kerana penat. Lebih mengejutkan, sejak awal perkahwinan, si suami dikatakan memang kuat mengamuk seperti kanak-kanak jika kemahuannya tidak dipenuhi.

Sejak usia sudah menginjak 50 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini mendedahkan bahawa mereka kerap ‘bersama’ dua kali setiap hari. Tidak sanggup bertahan lagi kerana berasa letih, Venna nekad untuk membuat tuntutan talak.

Sekadar info, Ferry pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Namun, perkahiwnan ini adalah kali kedua buat Venna setelah lapan tahun menjanda.

Video penuh
@dip_news Curhatan Venna Melinda saat masih Bucin….. #vennamelinda #ferryirawan #kdrt #bucin #curhat ♬ suara asli – RandomNews🦅

Baca Lagi:
Kisah hidup Kazar sebelum jadi pelakon ramai orang tak tahu, pernah dapat gaji RM100 sebulan
Kisah pelajar MRSM tiada kaki, merayu dekat cikgu tiada duit nak bayar yuran
Ira Kazar kantoi lagi, kali ini netizen selidik Ira Kazar pakai stokin bola masa nikah dengan Syamsul Yusof
CATEGORIES