Pelakon veteran mati dibunuh anak sendiri

new 1

Pelakon veteran mati dibunuh anak sendiri. Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya berkenaan dengan harta.
Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.

Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat.

Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham melibatkan tanah bernilai RM6.4 juta.

 Pelakon veteran mati dibunuh anak sendiri

Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

Difahamkan, selepas membunuh ibunya, Sachin telah membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

1670711578 veena kapoor 2 1670822086

Veena pernah terbabit dalam drama “Bhabhi” yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.
Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah “Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna”, “Dal: The Gang” dan “Bandhan Pheron Ke”.

Baca Lagi:
Perompak tersilap samun, taukey kedai emas juara menembak siap ada piala dalam kedai
PM Anwar jadikan kediaman rasmi Sri Perdana sebagai tempat kegiatan ‘dakwah’ dan kebajikan rakyat
Bersatu Sabah keluar parti, ini respon Muhyiddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *