Pelakon terkenal Bollywood, Kajol umum berehat dari media sosial sebab ini..

Pelakon terkenal Bollywood, Kajol umum berehat dari media sosial sebab ini..

Pelakon terkenal Bollywood, Kajol umum berehat dari media sosial sebab ini… Pelakon terkenal Bollywood, Kajol mengisytiharkan dirinya sedang berehat daripada media sosial dan perkara itu diumumkan pada Jumaat lalu, lapor Wion News.

Dalam perkongsian terbaharunya di Instagram, Kajol menyatakan dia sedang menghadapi masalah berat di dalam hidupnya.

“Menghadapi salah satu ujian paling sukar dalam hidup saya,” memetik kapsyen pada gambar yang dikongsi itu.

Pelakon terkenal Bollywood, Kajol umum berehat dari media sosial sebab ini..

Manakala dalam kapsyen tersebut juga dia berkata sedang berehat dari media sosial.

Walaupun pelakon itu tidak menyatakan sebab tertentu berkenaan dengan tindakannya namun warga maya mendakwa ia helah pemasaran untuk web siri terbarunya, The Trial.

Tidak lama selepas Kajol mengumumkan rehatnya, terdapat sebahagian daripada peminat yang mengambil berat tentangnya.

Kembali berkongsi kepada peminat
Walau bagaimanapun, semalam Kajol dilihat kembali berkongsi kepada peminatnya mengenai perkembangan hidupnya dengan memuat naik gambar di Instagram.

Kajol merupakan seorang selebriti yang sangat aktif menggunakan media sosial di mana beliau sering berkongsi foto kerja serta keluarga.

Setakat ini beliau mempunyai kira-kira 14.5 juta pengikut di Instagram.

Banyak projek besar menanti
Difahamkan, Kajol mempunyai banyak projek besar pada masa terdekat, antaranya yang bakal disiarkan tidak lama lagi ialah Lust Stories 2.

Teaser rancangan tersebut yang dikeluarkan baru-baru ini merupakan arahan Amit Ravindernath Sharma, Konkona Sensharma dan R Balki.

Ia juga menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Neena Gupta, Vijay Varma, Tamannaah Bhatia dan lain-lain.

Kajol juga akan membuat debut pertamanya, Over-the-Top (OTT) bersama Disney+ Hotstar bertajuk The Good Wife pada Jumaat.

“Saya telah memainkan pelbagai watak sepanjang perjalanan lakonan saya, tetapi yang pertama sentiasa istimewa.

“Keindahan platform OTT memberi peluang kepada pencipta dan pelakon untuk mencipta semula dan bereksperimen dengan format yang berbeza.

“Sebagai langkah pertama dalam kerjaya, saya akan memainkan watak peguam dalam siri pertama saya.

“Saya teruja untuk berkongsi lebih banyak tentang persembahan dan watak yang saya lakonkan,” katanya

Baca Lagi:
Pembinaan lebuh raya Pantai Barat, jalan ditutup selama 9 bulan bermula Khamis ini
‘Macam duit rompakan, lelaki jadi kaya jumpa beg berisi duit syiling 1 juta semasa mengemas rumah bapa mertua
Lelaki terkejut temui cincin purba ada ukiran bayi Kristian yang bernilai RM360 ribu
CATEGORIES