Pelakon, penyanyi Lufya diserang dengan kayu dalam cubaan culik anak perempuan, sempat tumbuk alat sulit penyerang.

Bagaikan babak lakonan, pelakon dan penyanyi, Lufya, berdepan detik cemas selepas dipukul di bahagian kepala dan badan dalam cubaan menculik anak perempuannya yang berusia lima tahun di taman permainan di Kota Damansara, dua hari lalu.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar ketika menceritakan kejadian itu berkata, beliau berjaya melepaskan diri selepas sempat menendang muka dan menumbuk alat sulit penyerang.

Beliau mendakwa, seorang lelaki berbadan besar memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu.

Pelakon, penyanyi Lufya diserang dengan kayu dalam cubaan culik anak perempuan, sempat tumbuk alat sulit penyerang.

“Selama ini, saya melihat babak atau aksi ganas dalam kaca televisyen dan pawagam. Namun, saya menempuhnya sendiri, dua hari lalu. Lelaki ini memukul saya dengan kayu pada bahagian kepala dan badan menyebabkan saya alami kecederaan agak teruk.

“Syukur, saya dan anak selamat. Ketika kejadian, anak sempat menjerit meminta tolong, namun, tiada sesiapa di tempat kejadian dapat membantu. Nasib baik, saya pernah belajar bertinju, jadi boleh mempertahankan diri apabila berlaku situasi tak terduga ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Lufya ketika ini sedang mendapatkan rawatan dan akan membuat laporan polis.

Katanya, sebagai manusia beliau perlu sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam apa juga situasi.

“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri. Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan, sekali gus, menyelamatkan anak.

“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.

Baca lagi:

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

Tak puas hati ditinggalkan, bekas kekasih culik dan buat tattoo namanya di muka mangsa

CATEGORIES