Pelakon pandu Myvi secara berbahaya sampai tercampak teman wanita

Pelakon pandu Myvi secara berbahaya sampai tercampak teman wanita

Pelakon pandu Myvi secara berbahaya sampai tercampak teman wanita. Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang semalam.

Rakaman video yang tular menunjukkan kenderaan dipercayai dipandu pelakon sambilan berusia 30-an itu, dikendali dalam keadaan berbahaya di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pemandu Perodua Myvi itu dikesan menukar lorong secara melulu sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan.

Pelakon pandu Myvi secara berbahaya sampai tercampak teman wanita

“Akibat tindakan itu, pemandu Perodua Myvi terbabit terlanggar sisi kiri sebuah Toyota Innova.

“Pelanggaran menyebabkan penumpang hadapan Myvi berkenaan tercampak dari kenderaan ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Myvi yang memandu secara melulu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.

Beliau berkata, pemandu kedua-dua kenderaan tampil membuat laporan hari ini dan pihaknya menahan pemandu Myvi untuk untuk siasatan sebelum membuat permohonan reman, esok.

Saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.

Baca Lagi:
Lembaga Zakat terkejut makcik tinggal dirumah usang, tapi ada set bernilai RM1.7juta
Suri rumah 54 tahun jadi jutawan selepas menang jakpot RM41.45 juta hanya bermodal RM2.00
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
CATEGORIES