Pelakon drama ‘The Glory’ Park Ji Ah meninggal dunia di usia 52 tahun. Pelakon veteran Korea, Park Ji-ah, telah meninggal dunia pada Isnin akibat pendarahan dalam otak. Menurut agensi, pelakon berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.50 pagi di Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.
“Park Ji-ah telah meninggal dunia pada jam 2:50 pagi akibat infarksi serebrum. Kami tidak akan melupakan semangat mendiang yang sangat mencintai seni lakonan,” kata agensi tersebut.
Sementara itu, proses pengembumian mendiang akan diadakan pada 2 Oktober jam 10 pagi di rumah mayat Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.
Untuk maklumat mendiang Park Ji-ah pernah memegang watak sebagai ibu kepada Moon Dong-eun yang dilakokan oleh Song Hye-kyo dalam drama popular, The Glory.
Selain itu, mendiang juga turut membintangi dua buah filem yang berjudul ‘Gonjiam: Haunted Asylum’ dan ‘Dream’.