Pelakon drama Hati Tanpa Rasa, tiga rakan berdepan hukuman gantung

Pelakon drama Hati Tanpa Rasa, tiga rakan berdepan hukuman gantung

Pelakon drama Hati Tanpa Rasa, tiga rakan berdepan hukuman gantung. Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 31 Mac ini bagi mengetahui status laporan kimia empat lelaki termasuk seorang pelakon yang didakwa mengedar dadah jenis ganja di sebuah premis, Januari lalu.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh sebutan kes selepas Timbalan Pendakwa Raya B. Sareeka memaklumkan laporan kimia berhubung pertuduhan masih belum diterima.

Pada 10 Januari lalu, pelakon terbabit, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dan tiga rakannya didakwa secara bersama mengedar ganja anggaran berat 494 gram (g) di sebuah premis di Taman OUG Parklane Off Jalan Klang Lama di sini pukul 9.34 malam pada 3 Januari lalu.

Pelakon drama Hati Tanpa Rasa, tiga rakan berdepan hukuman gantung

Tiga yang lain ialah H.S Sarvinder Singh, 23; Delson Dean Samson Akmal, 26, dan Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30.

Said Muhammad Ismail merupakan pemilik kedai vape manakala Sarvinder Singh dan Delson Dean adalah pekerjanya sementara Muhammad Amir Hafiz adalah penjual burger.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Said Muhammad Ismail, Delson Dean Samson dan Muhammad Amir Hafiz diwakili peguam Mohamed Ashmeer Ashrof manakala Sarvinder Singh diwakili peguam Shastidaran Sathaiseelan.

Media sebelum ini melaporkan empat lelaki terdiri daripada ahli sindiket menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau ‘vape’ berputih mata selepas ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan pertama dilakukan sekitar pukul 9.45 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Katanya, serbuan di premis terbabit, menemukan ganja seberat 494 gram (g) dan cecair ganja seberat 3,496 milimeter (ml).

Menurut polis, sindiket memproses cecair ganja berkenaan dijadikan cecair untuk vape berperisa ganja dan dijual dalam botol bersaiz 5ml dengan harga RM60 sebotol.

Tambah beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 2,242 penagih.

Baca Lagi:
‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan
Ramai terkejut rupanya Beto Kusyairy pegang tangan lelaki bukan tangan Diana Danielle, wanita dedah disebalik tabir buat poster IMAGINUR
SPRM sahkan Muhyiddin ditahan pukul 1 tengah hari
CATEGORIES