Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Lee Jihan maut dalam tragedi Halloween Itaewon

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Lee Jihan maut dalam tragedi Halloween Itaewon

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Lee Jihan maut dalam tragedi Halloween Itaewon. Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Ji-han, disahkan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi rempuhan pada perayaan Halloween di Itaewon pada malam Sabtu.

Lee, 24, mula menempa nama selepas menyertai rancangan realiti Produce 101 musim kedua.

Agensi Lee, 935 Entertainment, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Ramai selebriti Korea Selatan melahirkan rasa dukacita dan takziah berikutan tragedi itu.

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Lee Jihan maut dalam tragedi Halloween Itaewon

Susulan tragedi itu, beberapa konsert dan program hiburan telah ditangguhkan dan dibatalkan.

Konsert Busan One Asia Festival 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Okt lalu turut dibatalkan dan penganjur mengumumkan bahawa wang akan dikembalikan.

Persembahan kemunculan semula anggota EXO, Chen yang dijadualkan pada 31 Okt juga telah ditangguhkan, dengan wakil dari SM Entertainment memaklumkan bahawa tarikh pelancaran album mini ketiga Chen, Last Scene, juga ditangguhkan.

Angka kematian akibat kejadian rempuhan itu meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Baca Lagi:
Akhirnya terjawab kes lelaki pukul wanita, rupanya tinggalkan emak tenat sendirian dekat rumah keluar dengan jantan
Lelaki ini tayang slip gaji sebagai pemandu lori buat ramai orang terkejut!
Lelaki mati mengejut selepas beraksi seks ganas dengan wanita di hotel
CATEGORIES