Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior

Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior

Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior.Musim cuti sekolah seorang pelajar sebuah sekolah di sini bagaikan tidak bermakna apabila dia terpaksa memulakan cuti dalam keadaan sakit di bahagian perut dan kencing berdarah akibat dipukul seorang pelajar senior.

Pelajar tingkatan empat itu pada mulanya cuba menyembunyikan kejadian yang berlaku di asrama daripada pengetahuan keluarga tetapi terbongkar selepas dia mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, doktor yang merawat mangsa mengesyaki mangsa dipukul selepas melakukan pemeriksaan.

Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior

Gambar hiasan

“Berdasarkan maklumat daripada bapa mangsa, pelajar berusia 16 tahun itu mengaku dipukul seorang pelajar berusia 17 tahun ketika tidur di asrama sekolah pada pukul 2 pagi.
“Mangsa mendakwa dipukul di bahagian badan dan kaki dan bapa mangsa seterusnya membawa mangsa ke Balai Polis Bentong untuk tindakan selanjutnya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, siasatan masih giat dilakukan dan pihak polis telah menghubungi pihak asrama sekolah terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan pelajar lelaki berusia 16 tahun dipukul seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun

“Polis menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar sentiasa memantau anak-anak bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,”ujarnya.

Baca Lagi:
Janna Nick tayang gambar baring atas katil, berpeluk dengan teman lelaki
Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara ‘cash’
Hebatnya seorang isteri, wanita dukung suami turun dari tingkat 4 setiap kali ada rawatan hospital
CATEGORIES