Pelajar tingkatan 2 mati lemas di Sungai Terengganu

1794125

Pelajar tingkatan 2 mati lemas di Sungai Terengganu.

Kegembiraan lapan rakan sekampung bermain air tertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Teluk Pasu di sini hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Izha Amzar Anuar, 14, ditemui di dasar sungai tersebut oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.15 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sebelum kejadian, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir itu sedang mandi di lokasi kejadian bersama tujuh rakannya.

Pelajar tingkatan 2 mati lemas di Sungai Terengganu

“Mereka berenang sambil berpaut pada sebuah bekas diperbuat daripada fiber.

“Bekas itu dikatakan tiba-tiba tidak stabil menyebabkan kesemua remaja itu hilang keseimbangan lalu terlepas daripada pautan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Teluk Pasu di sini hari ini.

Muhammad Basri berkata, Muhammad Izha Amsa gagal menyelamatkan diri lalu tenggelam ke dalam sungai.

Tambah beliau, enam rakannya yang lain cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal sebelum terpaksa berenang ke tebing sungai bagi menyelamatkan diri.

“Sepasukan anggota bomba telah menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat sebaik menerima maklumat berhubung kejadian lemas itu pada pukul 5.58 petang.

“Anggota bomba yang melakukan selaman menjumpai mayat mangsa di dasar sungai yang sedalam kira-kira 5.18 meter,” katanya.

Muhammad Basri berkata, mayat Muhammad Izha Amsa telah dibawa ke tebing sungai sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.

Baca Lagi:

Lelaki terkejut beli nasi lemak RM1.50 mengandungi ‘lauk istimewa’

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *