Pelajar perempuan 12 tahun dikurung dan dicabul dua lelaki

Pelajar perempuan 12 tahun dikurung dan dicabul dua lelaki

Pelajar perempuan 12 tahun dikurung dan dicabul dua lelaki.

Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun berdepan detik cemas selepas dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh, di sini dalam satu kejadian pada Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner, ACP Amran Dollah berkata kejadian bermula apabila pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Kota Bharu itu dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di pantai peranginan tersebut.

“Mangsa sebelum itu telah keluar rumah untuk makan bersama seorang rakan perempuannya sekitar jam 9 malam.

“Bagaimana pun selepas jam 11 malam, kakak kandung mangsa memaklumkan mangsa masih belum pulang.

“Selepas ibu mangsa berjaya menghubungi anaknya, anaknya (mangsa) memaklumkan dia telah dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di Pantai Tujuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelajar perempuan 12 tahun dikurung dan dicabul dua lelaki

Gambar hiasan

Menurut Amran, ibu mangsa bersama ahli keluarga lain kemudiannya telah bergegas ke lokasi tersebut, dan setibanya di sana, keluarga terdengar suara mangsa daripada salah satu bilik di chalet tersebut.

Jelasnya, di hadapan bilik berkenaan terdapat seorang lelaki berusia 20-an yang sedang tidur dan setelah ditanya, lelaki itu mengakui bahawa mangsa sedang berada di dalam bilik tersebut.

Kata Amran lagi, selepas beberapa minit pintu bilik diketuk dan dibuka, keluarga mangsa mendapati mangsa berada di dalam bilik bersama dua lelaki lain berusia 20-an.

“Semasa ketiga-tiga lelaki itu disoal siasat oleh ahli keluarga, salah seorang suspek yang berada di dalam bilik berjaya melarikan diri selepas berlaku pergelutan.

“Keluarga mangsa telah menghubungi Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan kedua-dua suspek kemudian telah diserahkan kepada anggota Cawangan MPV yang tiba di lokasi untuk dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah.

“Hasil soal siasat dan keterangan mendapati mangsa telah dipaksa untuk masuk ke dalam bilik dan ketiga-tiga suspek enggan menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah diraba oleh kedua-dua suspek di dalam bilik, manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik dan mengawal di luar bilik.

Mangsa seterusnya telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan, dan hasil pemeriksaan pada kemaluan mangsa mendapati terdapat kesan koyakan lama akibat objek tumpul.

Amran memaklumkan, hasil temubual lanjut juga mendapati mangsa pernah dirogol seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal bulan Mei 2022.

Pihaknya menerima laporan polis yang dibuat ibu mangsa pada jam 6 pagi Sabtu.

Kedua-dua suspek yang merupakan penduduk tempatan telah berjaya ditangkap dan direman selama enam hari sehingga 16 Jun depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Lagi:

Petugas stadium guna penyodok sampah tolak air bertakung undang kritikan netizen

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

CATEGORIES