Pelajar kecewa dapat bilik sewa ‘balkoni’ RM600 sebulan, onwer rumah kaw-kaw buat duit

Pelajar kecewa dapat bilik sewa ‘balkoni’ RM600 sebulan, onwer rumah kaw-kaw buat duit

Pelajar kecewa dapat bilik sewa ‘balkoni’ RM600 sebulan, onwer rumah kaw-kaw buat duit. Bagi mereka yang terpaksa merantau ke negeri lain untuk bekerja atau belajar, rumah atau bilik sewa sering menjadi pilihan.

Tidak hairanlah terdapat banyak iklan disiarkan oleh penyewa dengan pelbagai pilihan bilik dan kadar sewa berbeza-beza.

Terbaharu, kecoh di Twitter kes bilik sewa dengan kadar mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang.

Pelajar kecewa dapat bilik sewa 'balkoni' RM600 sebulan, onwer rumah kaw-kaw buat duit

Seorang pelayar yang berasa kecewa membuat perkongsian bergambar yang menyaksikan sebuah ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.

“Bilik balkoni ya,” demikian ciapannya disertakan dengan emoji menangis.

Jika diteliti gambar yang dikongsi, bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana pintu gelangsar jenis cermin dipasang dan berfungsi sebagai dinding.

Melihat keadaan bilik sewa itu, jelas sekali ia tidak kurang sesuai untuk diduduki kerana faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya.

Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.

Ruang untuk berjalan juga amat sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok menghijau.

Iklan ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang melihatnya seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.

“Apartmen tiga bilik partitioned sampai ruang mengadap balkoni pun jadikan bilik. Kasihan yang sewa bilik elok-elok dekat tempat ni. Tak ada akses balkoni. Jemur kain dalam bilik masing-masing.

“Macam (rumah) setinggan tapi harga hanya parents T20 je mampu. Ini semua sangatlah tak betul.

“Auto tidur dengan pontianak ke ni. n*k h**m kapitalis. Macam mana nak report owner ni,” komen beberapa netizen pada posting tersebut.

Ada juga yang meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddid Syed Abdul Rahman supaya mengetengahkan isu ini di Parlimen.

“Tolong bangkitkan isu ini di Parlimen tentang property agent buat duit kaw-kaw (berganda) dengan buat partition bilik sampai rumah jadi setinggan

Berdasarkan posting, kadar sewa ditetapkan oleh pemilik atau ejen rumah bagi bilik kecil tersebut adalah RM600 sebulan.

2015710

Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan pemilik kediaman ini yang tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan berganda melalui ruang kecil yang disewa.

Namun bagi penyewa, disebabkan mahu mencari lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam atau pejabat barangkali, mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit dan tidak selesa seperti ini.

Ramai berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan.

2015677

Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman.

“Kalau tak silap ada satu department ni, kita boleh buat aduan dan pemilik atau ejen boleh kena saman sebab rumah tak ikut spesifikasi atau ubahsuai ikut suka,” tulisnya.

Baca Lagi:
Dua anak gadis dirogol depan ibu sendiri, bomoh dakwa boleh nampak jin kalau buka baju
Rezeki terpijak akak cleaner terjumpa syiling lama tahun 1930 bernilai RM177,200 sekeping
Pakar bius kantoi rogol pesakit selepas bius dirakam cctv
CATEGORIES