Pelajar judo dihempas jurulatih sehingga maut

Pelajar judo dihempas jurulatih sehingga maut

Pelajar judo dihempas jurulatih sehingga maut.

Seorang jurulatih seni mempertahankan diri judo dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah menghempas pelajarnya yang berusia tujuh tahun beberapa kali sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Huang dikejarkan ke hospital di bandar Taichung pada April tahun lalu selepas dia dilaporkan dihempas sebanyak 27 kali oleh jurulatuhnya, Ho Tsung-le.

Kanak-kanak itu kemudiannya koma selama 70 hari dengan pendarahan dalam otak serta mengalami masalah pernafasan dan kegagalan fungsi organ sebelum ibu bapanya memutuskan untuk menutup mesin bantuan pernafasan.

Pelajar judo dihempas jurulatih sehingga maut

Mahkamah Daerah Taichung memutuskan Tsung-le memaksa kanak-kanak itu mematuhi arahannya tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku, termasuk menyebabkan kematian.

Namun, ibu bapa mangsa tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut yang disifatkan ‘terlalu ringan’ dan bakal membuat rayuan.

Insiden itu bermula selepas Tsung-le mengarahkan mangsa berlatih teknik hempasan bersama rakan sekelas, namun arahannya ditolak.

Berang dengan perkara itu, Tsung-le kemudiannya ‘menunjukkan beberapa teknik hempasan pihak lawan’ dengan menjadikan mangsa sebagai contoh.

Mangsa sempat memberitahu kepada jurulatihnya bahawa dia mengalami sakit kepala, namun aduan itu tidak dihiraukan Tsung-le, malah dia meneruskan menghempas mangsa sehingga kanak-kanak itu muntah dan tidak sedarkan diri.

Baca lagi: 

Duda maut terjatuh dari tingkat empat pangsapuri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang

Anak penceramah terkenal Indonesia maut ditembak abang sendiri

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika keluarkan baju dari mesin basuh

CATEGORIES