Pelajar jual ‘soft cookies’ dapat RM300 sehari terbantut selepas ketua pengawas halang menjual di sekolah

Photo of author

By Joe

Pelajar jual ‘soft cookies’ dapat RM300 sehari terbantut selepas ketua pengawas halang menjual di sekolah. Kegembiraan seorang pelajar darjah 6 menjual soft cookies di sekolah terbantut selepas mendapat halangan daripada ketua pengawas.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Huspalita Hussain Arif, beliau menceritakan pengalaman anak perempuannya yang berusia 12 tahun yang menjalankan ‘perniagaan’ di sekolah dengan menjual soft cookies.

Hasil bisnes tersebut, anaknya berjaya meraih RM300 sehari.

Pelajar jual 'soft cookies' dapat RM300 sehari terbantut selepas ketua pengawas halang menjual di sekolah

Bagaimanapun, pelajar itu tidak dapat meneruskan penjualannya kerana ketua pengawas sekelas dengannya menghalangnya daripada berbuat demikian.

“Menariknya, walaupun dia bawa banyak soft cookies, pasti habis setiap hari. Duit yang diperoleh sepadan dengan jumlah soft cookies yang dibawa, walaupun dia sering ulang bahawa dia tidak pandai kira dan berniaga.
“Sesungguhnya saya terkejut dengan apa yang dia boleh capai kerana Hessa ini sangat pemalu jika disuruh berniaga. Syabas! Minggu depan dia kata dia nak berhenti sebab ketua pengawas yang sekelas dengannya telah menegur dia.
“KP mahu lapor kepada cikgu. Manalah KP tidak marah, budak-budak sampai beratur di luar kelas nak beli soft cookies Hessa. Tapi Hessa kata ada cikgu yang beli soft cookies daripada dia,” ujar ibu pelajar tersebut.

Pada masa yang sama, Huspalita berasa bangga dengan anaknya kerana sepanjang berniaga, pelajar itu mendapat wang tunai tanpa perlu mengejar hutang.

Hantaran yang mendapat lebih 7,800 tanda suka itu telah menarik perhatian warga Facebook.

Ramai memberikan sokongan terhadap pelajar berkenaan. Walaupun tidak lagi boleh berniaga di sekolah, warganet yakin pasti akan ada pelanggan yang menempah terus daripadanya.

Netizen turut mendoakan agar bisnes pelajar itu terus berkembang maju pada masa akan datang.

Baca Lagi:
Jual sampah di Melaka raih lebih RM350,000
Penggemar durian perlu ikut petua ini jika nak makan durian ‘free’
Tak sempat nak bina, jambatan kereta api bernilai RM16 juta dicuri