Pelajar hantar surat pada PM Anwar dakwa dibuli di sekolah dan cikgu rasis

Pelajar hantar surat pada PM Anwar dakwa dibuli di sekolah dan cikgu rasis

Pelajar hantar surat pada PM Anwar dakwa dibuli di sekolah dan cikgu rasis. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang pelajar sekolah.

Tindakan tersebut dikeluarkan selepas Anwar menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar dikenali sebagai Tejess Kanakaraju yang mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan individu di sekolah.

Menerusi surat itu juga, Tejess turut mendakwa gurunya bersifat rasis dan dia mahu Anwar menghentikan budaya rasis tersebut.

Tular video polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans dipuji netizen

“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya Tejessh Kanakaraju. Hari ini sekumpulan orang telah membuli saya dan guru telah berlaku rasis terhadap saya.
“Saya menulis surat ini kerana saya mahu anda hentikan rasis,” tulisnya pelajar berkenaan.

Susulan itu Anwar menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap surat pelajar berkenaan.

Jelas Perdana Menteri, beliau akan mengarahkan Menteri Pendidikan untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera.

“Terima kasih anakanda. Saya akan mohon Kementerian Pendidikan yang kini dikepalai YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,”tulis Anwar.

Baca Lagi:
Pelajar tingkatan 4 kencing berdarah selepas dibelasah pelajar senior
Lelaki terpaling jujur, duit RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun bank
Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah
CATEGORIES