Pekerja tol dedah sudut paling sesuai pasang tag RFID yang ramai orang tak tahu

Photo of author

By Joe

Pekerja tol dedah sudut paling sesuai pasang tag RFID yang ramai orang tak tahu. Lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) telah diperkenalkan di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini untuk melancarkan aliran trafik.

Dengan sistem RFID, pengguna hanya perlu memperlahankan kenderaan tanpa perlu membuka tingkap untuk membuat pembayaran tol.

Namun, sering timbul masalah apabila lorong RFID tidak dapat mengesan isyarat daripada tag yang dipasang pada kereta, menyebabkan kesesakan trafik.

Pekerja tol dedah sudut paling sesuai pasang tag RFID yang ramai orang tak tahu

Melalui satu hantaran di Facebook oleh Solihin Razali, ada dikongsikan cara yang betul untuk memasang tag RFID pada kereta bagi memudahkan sistem mengesan isyaratnya.

“Apabila saya pasang tag macam ni, saya dah tak pernah sangkut lagi di tol. Paling seronok, palang boleh buka awal ketika saya masuk lorong. Puas hati!
“Sebelum ini, saya pasang tag RFID pada cermin depan. Ia kurang efektif sebab kereta perlu sampai rapat dengan palang baru boleh buka,” ujar Solihin.

Menurut Solihin, petua pemasangan RFID itu dikongsikan oleh pekerja tol.

“Mereka cadangkan saya letakkan tag RFID bersebelahan dengan nombor plat kereta. Pasang di sini lebih baik kerana dari pelbagai sudut, sistem RFID boleh mengesan tag kita dengan lebih mudah.

Pekerja tol dedah sudut paling sesuai pasang tag RFID yang ramai orang tak tahu

“Pekerja tol melakukan ujian di depan saya menggunakan alat RFID, dan bunyi berbunyi sepanjang masa, maksudnya isyarat tag RFID tu senang ditangkap.

“Berbanding jika pasang dekat lampu kereta seperti yang biasa dilakukan orang lain, isyarat tu lebih sukar untuk dikesan,” jelas Solihin.

Baca Lagi:
Dah tak power macam dulu”, Pasport Malaysia jatuh kedudukan ke-12 dunia
Ketua Polis Johor dedah bagaimana Geng JB curi kereta dalam masa 30 saat
“Seram pula tengok”- Che Ta tunjuk duit berkepok, sekali netizen perasan sesuatu…