Pekerja lesap selepas majikan tersilap ‘bank in’ gaji RM791,836

Pekerja lesap selepas majikan tersilap ‘bank in’ gaji RM791,836

Pekerja lesap selepas majikan tersilap ‘bank in’ gaji RM791,836. Seorang lelaki di Chile yang secara tidak sengaja menerima wang gaji 286 kali lebih tinggi daripada pendapatan bulanannya, dilaporkan menghilangkan diri selepas berjanji mahu memulangkan lebihan wang tersebut kepada majikannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Jabatan sumber manusia syarikat pengeluar makanan sejuk beku, Consorcio Industrial de Alimentos (Cial) dikatakan secara tidak sengaja membayar wang gaji berjumlah AS$180,000 (RM791,836) kepada seorang pekerjanya bulan lalu.

Pekerja terbabit sepatutnya hanya menerima gaji berjumlah AS$542 (RM2,384).

Pekerja lesap selepas majikan tersilap 'bank in' gaji RM791,836

Dia bagaimanapun telah meletakkan jawatan, seterusnya hilang tanpa dapat dihubungi sehingga memaksa pihak syarikat mengambil tindakan undang-undang.

Menurut akhbar Diario Financiero, seorang pembantu pejabat di Cial telah memberitahu timbalan pengurus mengenai kesilapan pembayaran gaji bulanan kakitangan tersebut pada 30 Mei lalu.

Selepas memeriksa rekod pembayaran, pengurusan Cial mengesahkan bahawa kakitangan itu dibayar 286 kali lebih tinggi berbanding gaji bulanannya. Pihak pengurusan kemudian mengarahkannya untuk memulangkan wang tersebut.

Pekerja terbabit pada awalnya berjanji untuk membayar balik keesokan harinya, namun dia tidak bertindak demikian meskipun mendakwa akan pergi ke bank bagi membuat pembayaran.

Pada 2 Jun lalu, kakitangan berkenaan meletakkan jawatan menerusi sebuah firma guaman sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki.

Baca Lagi:
Bakal pengantin melecur teruk, tong gas meletup ketika goreng ikan
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
Cipta sejarah Malaysia, lelaki Pulau Pinang menang jakpot RM69,637,527.35 juta dengan modal RM50
CATEGORIES