Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin buah kelapa sawit

Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin buah kelapa sawit

Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin buah kelapa sawit.

Seorang pekerja kilang maut apabila tersepit pada rantai mesin di sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di Jalan Genuang, di sini hari ini.

Anggota bomba dan penyelamat yang dipanggil mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat Gan Kian Beng, 57.

Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin buah kelapa sawit

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada pukul 3.18 petang.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebahagian tubuh lelaki berkenaan dalam keadaan tersepit pada rantai mesin berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika kerja menyelamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.48 petang dan dihantar ke Hospital Segamat (HDS) bagi tindakan lanjut.

Baca Lagi:

Ramai pertikai macam mana SCAMMER tranfer duit tanpa TAC, lelaki ini dedah cara mudah selamatkan acc bank anda

Selepas Abdul Latiff nafi Zainab Mohd Salleh bukan isteri, ini pula jawapan Rafizi

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published.