Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji

Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji

Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji. Beli sebiji rumah, pekerja J&T bawa lari RM150,000 duit company. Seorang pekerja kurier J&T Express di Indonesia sakan berbelanja dan membeli sebuah rumah untuk dirinya sendiri selepas membawa lari wang syarikat tempatnya bekerja yang berjumlah 531 juta rupiah (RM151,583).

Dilaporkan, pekerja berkenaan pada awalnya ditugaskan membawa wang dipercayai keuntungan syarikat untuk diserah kepada pejabat utama J&T.

Bagaimanapun dia nekad membawa lari wang berkenaan sebelum membeli sebuah rumah kos rendah dan beberapa perabot untuk rumah barunya itu, lapor Utusan Malaysia.

Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji

“Sebahagiannya juga digunakan untuk membeli perabot untuk diletakkan di rumah baharunya di Bekasi, Jawa Barat.
“Duit yang dicuri suspek merupakan hasil keuntungan pejabat cawangan yang akan dihantar ke pejabat utama J&T Express,” kata Jurucakap polis Metro Jakarta Barat, Avrilendy.

Avrilendy mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan suspek dipercayai tidak menghabiskan duit tersebut.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke Bekasi, namun sudah ditahan polis kelmarin.

“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia sempat membeli rumah dan sejumlah perabot menggunakan duit berkenaan,” ujar Avrilendy.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun.

Baca Lagi:
Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan
‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
CATEGORIES