Peguam terharu bapanya selalu sediakan bekal, siap ‘tranfer’ RM200 setiap hari risau tak makan

Peguam terharu bapanya selalu sediakan bekal, siap ‘tranfer’ RM200 setiap hari risau tak makan

Peguam terharu bapanya selalu sediakan bekal, siap ‘tranfer’ RM200 setiap hari risau tak makan. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Seorang peguam pelatih, Tun Laila berkongsi rasa terharunya terhadap pengorbanan insan bergelar bapa dengan menciap di laman Twitter, semalam.

Tun Laila yang juga pempengaruh media sosial ini tidak menyangka ayahnya masih sanggup meluangkan masa untuk menyediakan bekalan makanan buatnya walaupun sudah memberikan wang perbelanjaan.

Peguam terharu bapanya selalu sediakan bekal, siap 'tranfer' RM200 setiap hari risau tak makan

“Saya berumur 25 tahun ini. Bapa saya masih sediakan bekal untuk saya. Hari ini nasi goreng buat sarapan pagi, mee rebus pula untuk makanan tengah hari.
“Memindahkan (transaksi bank) sedikit wang dengan referensi ‘kecemasan buat makanan’ dan masih risau saya akan kelaparan”, kongsinya.

Ciapan Laila yang dikongsi lebih 4 ribu kali ini membuktikan bahawa seorang ayah akan berusaha semampu mereka untuk memastikan cahaya mata mereka hidup dengan selesa.

Hal ini kerana wang ringgit dan kemewahan tidak menjanjikan kehidupan yang bahagia sepanjang masa.

Peguam terharu bapanya selalu sediakan bekal, siap 'tranfer' RM200 setiap hari risau tak makan

Seorang insan yang bergelar ayah mungkin jarang meluahkan perasaan sayangnya melalui kata-kata atau ucapan.

Namun, tindakan dan usaha mereka begi memastikan anak yang mereka didik dan besarkan itu hidup selesa tidak boleh dipungkiri.

Walau tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau terungkap dari bibir, pengobanan seorang ayah juga cukup besar seperti ibu yang melahirkan.

Perkongsian Laila kali ini mungkin menuai perasaan cemburu apabila layanan yang diterima beliau ini jarang dialami oleh orang lain.

Namun, sebagai seorang anak kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana tanpa seorang ayah, mana mungkin kita bisa lahir di dunia.

Jika bapa kita tidak pernah menyediakan bekalan makanan atau memberi wang ringgit apabila kita sudah memasuki alam pekerjaan tidak semestinya kasih sayang mereka berkurang.

Kerana melahirkan, membesarkan anak sehingga mampu berdiri dan berjalan dengan sendiri bukanlah perkara yang mudah.

Baca Lagi:
10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta
Cikgu menyesal tanya soalan ‘mak ayah siapa sudah meninggal?’dekat murid darjah 1, sekali ini jawapan yang keluar…
Kedai emas kantoi curi ‘gelung gelang’, customer bijak siap kira dulu sebelum hantar potong
CATEGORIES