Peguam Hafidzah akhirnya buka mulut kenapa tarik diri dari Siti Bainun

Peguam Hafidzah akhirnya buka mulut kenapa tarik diri dari Siti Bainun

Peguam Hafidzah akhirnya buka mulut kenapa tarik diri dari Siti Bainun. Perbicaraan mengenai kes remaja Sindrom Down, Bella masih menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dalam kes pertuduhan menganiaya Bella, telah menarik diri, yang bermakna Siti Bainun kini keseorangan tanpa lima peguam belanya dalam kes berkenaan.

“Kenapa Tarik Diri..”

Tinjauan pada akaun salah seorang peguam yang mewakili Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan mula mendapat komen-komen netizen yang meminta penjelasan atas alasannya menarik diri dari perbicaraan kes Siti Bainun.

Peguam Hafidzah akhirnya buka mulut kenapa tarik diri dari Siti Bainun

“Kenapa tarik diri perbicaraan kes Siti Bainun? Boleh jelaskan?.”
“Apa citer kes Benon tuh.”
“Sis. Sis tarik diri ke kes adik Bella?.”
“Sis yang kes Bella tu macam mana.”

Tidak Lapang Pada Tarikh Yang Diberikan Oleh Mahkamah

Kekal tenang, peguam berkenaan dilihat membalas komen-komen netizen itu dengan menjelaskan bahawa kes Siti Bainun masih berada dalam peringkat pembelaan, malah dia terpaksa menarik diri dari peguam yang mewakili Siti Bainun disebabkan tidak mempunyai kelapangan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Kes Bainun di peringkat pembelaan sekarang. Sebab tarikh-tarikh mahkamah bagi tu saya tak lapang. Dan dah dimaklum mahkamah sejak Disember lagi sebelum tarikh-tarikh diberikan.”-Jelas Peguam Hafidzah

Dipetik dari laporan Berita Harian, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sebak apabila diberitahu Mahkamah Sesyen, bahawa dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, menarik diri.

Perkembangan itu bermakna Siti Bainun berseorangan tanpa lima peguam belanya dalam kes berkenaan.

Baca Lagi:
Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan
Mayat dipotong 6 bahagian ditemui dalam bagasi di tepi lebuhraya
Senarai jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2023
CATEGORIES